fb fb fb fb fb

Bapa dua anak hilang ditarik ombak di Pantai Batu Burok

Operasi mencari dan menyelamat Zulkarnain Mohamed Zubir, 44

KUALA TERENGGANU, 18 Februari- Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas ditarik ombak besar di Pantai Batu Burok, di sini, Terengganu, pagi tadi.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa sedang bersiar-siar bersama keluarga di pesisir pantai terbabit.

Pegawai Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Yusmizan Yusof berkata, kejadian yang menimpa, mangsa, Zulkarnain Mohamed Zubir, 44, disaksikan isterinya, Nora Elina Abdul Khalit, 44, dan dua anak mereka.

Mangsa yang berasal dari Kuala Lumpur itu sedang bercuti bersama keluarga di kawasan terbabit sejak Jumaat lalu.

"Kita juga telah meminta bantuan daripada Unit Dron dan Unit K9 untuk pencarian hari ini. (Namun), keadaan ombak agak tinggi lebih kurang satu meter dan kedalaman air 1.4 meter.

"Ombak (juga) agak kuat dan mungkin menyukarkan kerja-kerja pencarian," katanya di sini.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dijalankan dalam radius 20 meter dari kawasan pesisir pantai dan tertumpu di permukaan air.

Seramai 13 anggota bomba termasuk pasukan penyelamat di air bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat berhubung kes itu.

1802 LEMAS BATU BUROK 2
Isteri mangsa, Nora Elina Abdul Khalit, 44 (tengah)

SITI AISHAH BINTI MD ISA