fb fb fb fb fb

Bao Li dan Qing Bao selamat tiba di Zoo Washington

Foto REUTERS

WASHINGTON, 16 Oktober-Sepasang panda gergasi selamat tiba di sini dari China pada Selasa untuk berpindah di kediaman baharu mereka di Zoo kebangsaan Amerika Syarikat.

Zoo berkenaan diketahui tidak mempunyai haiwan berkenaan yang menjadi tarikan popular pelancong sepanjang tahun.

Penghantaran Panda berkenaan merupakan sebahagian perjanjian yang dipersetujui oleh China dan Amerika Syarikat awal tahun ini meskipun hubungan kedua-dua negara yang suram.

Sebelum ini Zoo Washington telah memulangkan kembali dua ekor panda dewasa bersama seekor anak yang dipinjam dari China.

Kedua-dua ekor Panda berkenaan yang dinamakan sebagai Bao Li dan Qing Bao, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles dengan pesawat FedEx, sebelum dibawa dengan trak ke zoo.

Menurut kenyataan pihak Zoo Washington, Bao Li dan Qing Bao akan tinggal di zoo berkenaan selama 30 hari.

Bao Li merupakan keturunan panda yang pernah tinggal di Washington.

Ibunya dilahirkan di Institut Biologi Pemuliharaan dan Zoo Negara Smithsonian pada tahun 2013. Manakala datuk serta neneknya, Tian dan Mei Xiang, tinggal di sana dari tahun 2000 hingga 2023.

Zoo Washington mempunyai panda sejak tahun 1972, apabila kerajaan China menghantar sepasang panda sebagai hadiah kepada rakyat Amerika selepas lawatan bersejarah Presiden AS Richard Nixon ke China.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD