fb fb fb fb fb

Bantuan subsidi bersasar Program SARA diperluas

Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya

KANGAR, 21 Januari- UMNO Bahagian Kangar menyambut baik penambahbaikan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada lebih ramai rakyat khususnya golongan B40.

Mekanisme penyampaian bantuan kepada golongan sasar dilihat lebih efisyen selain menaikkan kadar bantuan isi rumah sehingga RM1,200.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Kangar Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya, usaha itu dilihat mampu menyeimbangi kenaikan kos sara hidup.

"Inisiatif yang diumumkan kerajaan yang akan bermula secara berperingkat mulai 22 Januari ini sebagai permulaan tahun 2024 ini.

"Diharapkan lebih banyak bantuan disalurkan kerajaan yang prihatin akan sosioekonomi rakyat," katanya dalam Program Nasi Rendang Kopi O, satu program bersama komuniti di Kampung Repoh, Sena.

Lebih 100 penduduk hadir dalam program tersebut yang memberi penerangan berkaitan inisiatif kerajaan, aduan rakyat dan pelaksanaan program bersama-sama komuniti sepanjang 2024.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI