fb fb fb fb fb

Bantuan pascabanjir Selangor: MBSA sumbang 1,525 periuk serba guna


SHAH ALAM, 29 Januari- Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyumbang 1,525 periuk serba guna kepada penduduk terjejas banjir di empat lokasi di bawah pentadbirannya.

Daripada jumlah itu, 635 unit di Taman Sri Muda Seksyen 25, 400 unit di Padang Jawa Seksyen 17, 240 unit di Kampung Lanchong Jaya Seksyen 28 dan 250 unit di Kampung Kebun Bunga Batu 3.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor berkata inisiatif itu sebagai langkah susulan meringankan beban penduduk yang kehilangan harta benda akibat bah besar Disember lalu.

"Yang ini adalah merupakan sumbangan daripada 'richwork' yang memberikan sumbangan kepada kita sebanyak RM500,000 dan kita akan tukarkan kepada barang-barang elektrik.

"Ini merupakan fasa pertama, kita ada lagi fasa kedua kerana sekarang ini agak susah sikit kita nak dapat 'direct' sekali banyak, jadi kita akan ada akan datang lagi untuk barangan- barangan keperluan lain keperluan dan ini merupakan sumbangan hasil usaha kita untuk menyantuni mereka yang terkesan akibat banjir," katanya selepas majlis pelepasan program edaran barangan sumbangan banjir di sekitar Shah Alam.

Media Baharu