fb fb fb fb fb

Bantuan banjir, penduduk Kelantan bersyukur terima RM1,000

Penduduk terjejas banjir, Siti Aisyah Sulaiman luah rasa syukur di atas pemberian bantuan yang diberikan kerajaan

TUMPAT, 31 Disember- Komuniti MADANI di Kelantan menyambut baik keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan bantuan awal sebanyak RM50 juta kepada penduduk terjejas banjir di Kelantan, Khamis lalu.
 
Setiap keluarga terlibat akan menerima bantuan RM1,000 yang akan disalurkan terus oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kepada mereka yang terjejas banjir.
  
Rata-rata komuniti MADANI yang juga penduduk terjejas banjir yang ditemui RTM di Tumpat, Kelantan meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana sentiasa cakna dan prihatin terhadap penduduk terjejas banjir di negeri itu.
 
"Saya sudah pindah ke sini empat hari yang lalu. Saya nak ucapkan terima kasih kepada kerajaan atas sumbangan kepada penduduk terjejas banjir sebanyak RM1,000," kata Siti Aisyah Sulaiman kepada pemberita.

"Alhamdulillah, terima kasih sangat-sangat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beri bantuan RM1,000 kepada semua penduduk terjejas banjir di Kelantan. Selain itu, kepada petugas di PPS yang sediakan pelbagai bantuan dan kemudahan termasuk makan minum dan juga aspek kesihatan," luah Roshayati Zakaria.

"Pemberian RM1,000 ini sangat membantulah kami penduduk terjejas banjir. Puas hati, terima kasih Perdana Menteri. Boleh beli makanan dan kelengkapan yang perlu," kata Khelin a/l Eh Lee.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM