fb fb fb fb fb

Bantu pengamal media, Kementerian Komunikasi bekerjasama dengan pelbagai pihak

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil

JASIN, 26 Januari- Kementerian Komunikasi akan bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk membantu pengamal media yang uzur dan memerlukan.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, sejumlah RM1 juta diperuntukkan menerusi Tabung Kasih@HAWANA yang disalurkan oleh Kementerian Kewangan.

“Ya, sebelum ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri Tabung Kasih HAWANA ada peruntukan RM1 juta dan telah disalurkan oleh Kementerian Kewangan.

"Insya-Allah kita akan lipat gandakan usaha, tetapi kita tahu dan kita sedar jumlah ini adalah terhad dan kita tahu ramai perlukan bantuan", katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada tersebut kepada bekas penerbit rancangan RTM Melaka, Norazlin Mohamad, 52 tahun, di Jasin.
 
Norazlin menghidap masalah buah pinggang dan diabetes sehingga menyebabkan kaki kanannya terpaksa dipotong ketika ditemui, bersyukur dan terharu atas kunjungan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
 
"Saya juga mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang diberikan serta ingatan ini dan terima kasih juga saya ucapkan kepada RTM yang telah banyak memberi saya peluang menggali pengalaman, walaupun banyak kenangan pahit dan manis", katanya.
 

ROSLINA BINTI DIN