fb fb fb fb fb

Bank Muamalat gerakkan kempen #SubuhMacamJumaat dan Cintai Masjid

Penutup kempen #SubuhMacamJumaat dan Cintai Masjid diadakan di Melaka dengan kehadiran Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh

KUALA LUMPUR, 19 Mac- Bank Muamalat Malaysia Berhad telah menggerakkan kempen #SubuhMacamJumaat dan Cintai Masjid, sempena menyambut ketibaan bulan Ramadan.

Selain itu, bank tersebut melaksanakan satu program tanggungjawab sosial korporat iaitu program gotong-royong membersihkan dan membaik pulih 14 buah masjid yang terpilih dari setiap negeri selepas solat subuh berjemaah di masjid-masjid tersebut.

Melalui kenyataan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin memaklumkan inisiatif itu bagi menambah keselesaan jemaah masjid bagi menyambut bulan Ramadan.

Selain itu, program tersebut juga menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim antara komuniti dan warga Bank Muamalat dalam mencipta ‘Kehidupan Lebih Baik, Bersama’.

Dalam kempen khas itu, pihak bank juga telah menyumbang bantuan tunai kepada masjid yang terlibat.

Program tersebut telah dijalankan pada 9 dan 10 Mac 2024.

Majlis penutup telah diadakan di Melaka dengan kehadiran Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE