JOHOR BAHRU, 19 Mac- Tiga pusat pemindahan pementara (PPS) dibuka di Johor Bahru, Johor, setakat pukul 10.00 malam, susulan cuaca hujan berterusan di daerah itu.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah menerusi kenyataan memaklumkan, seramai 68 penduduk terjejas daripada 20 keluarga, ditempatkan di PPS terbabit.
PPS terlibat, Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara, Dewan Majlis Bandaraya Johor Bahru Kampung Ulu Pandan, dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kuo Kuang.
Manakala, lokasi terjejas banjir melibatkan Kampung Kangkar Tebrau, Kampung Paya Kenangan, dan Kampung Pasir Tebrau. Selain, Kampung Ulu Pandan dan Kampung Bunga Ros.
Ketika ini, dua sungai berada pada tahap bahaya, iaitu Sungai Pulai di Kampung Ulu Pulai, berada pada paras 3.20 meter serta Sungai Skudai di Kampung Laut, berada pada paras 4.29 meter.