MARANG, 23 November-Jumlah penduduk terjejas banjir di Terengganu mulai berkurangan sehingga pukul 4.00 petang.
Jumlah penduduk terjejas di lima daerah merekodkan 321 orang berbanding 398 orang pada tengah hari tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri Terengganu memaklumkan, jumlah itu melibatkan 68 keluarga di 13 PPS.
Daerah paling terjejas masih di Marang dengan 187 penduduk ditempatkan di empat PPS.
Manakala Hulu Terengganu merekodkan 55 penduduk di tiga PPS, Dungun, 61 orang di empat PPS, Kemaman tiga penduduk di satu PPS dan Besut 15 orang di satu PPS.
Ketika ini, hujan di beberapa kawasan masih lagi berlaku dan paras air Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu berada pada paras Amaran.