SETIU, 26 Disember - Setakat pukul 6.00 pagi tadi seramai 2,267 keluarga telah berlindung di 126 pusat pemindahan sementara (PPS), menjadikan keseluruhan penduduk terjejas banjir meningkat kepada 8,397 orang.
Kuala Nerus daerah terbaru dilanda banjir gelombang ketiga kali ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan bencana negeri memaklumkan Hulu Terenganu menjadi daerah paling teruk terjejas apabila penduduk yang dipindahkan sudah mencecah 2,751 orang.
Manakala Dungun kekal 1,548 penduduk terjejas.
"Empat daerah menunjukkan peningkatan iaitu Besut (1,593), Setiu (1,432) Kemaman meningkat kepada (964) orang dan Marang (48) orang.
"Di Kuala Nerus pula lapan keluarga daripada 25 orang kini berlindung di tiga PPS," menurut Sekretariat itu.