KUALA TERENGGANU, 22 November- Perkembangan banjir di Terengganu sehingga pukul 11 malam tadi, menyaksikan enam daripada lapan daerah di Terengganu kembali terjejas susulan hujan lebat di seluruh negeri sejak pagi tadi.
289 penduduk terjejas ditempatkan di 15 pusat pemindahan sementara, PPS.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataannya berkata paling ramai di Marang dengan 117 orang ditempatkan di tiga PPS.
Sementara itu, paras air sungai nerus di Kampung Langkap Setiu kini menunjukkan trend menaik dan berada pada paras bahaya.
Manakala empat lagi sungai utama di Hulu Terengganu, Marang dan Setiu berada pada paras amaran.
Kemuncak air pasang besar diramal berlaku pukul 2 pagi ini dengan ombak boleh mencecah ketinggian lebih 2.6 meter.