fb fb fb fb fb

Banjir Selangor: 75 penduduk berpindah ke PSS

FOTO FAIL

SHAH ALAM, 14 Disember - Dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Kuala Selangor dibuka malam tadi dengan menempatkan 75 orang daripada 26 keluarga terjejas banjir, susulan hujan lebat petang semalam.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor kesemua mereka berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Jaya Setia dan Balai Raya Parit Mahang.

Laman web publicinfobanjir.water.gov.my memaklumkan aras sungai Sungai Bernam di Kampung Sungai Selisek, Hulu Selangor pula melepasi paras bahaya dengan 27.1 meter, namun dalam trend menunjukkan penurunan setakat 9.00 pagi ini.

TETITIA YUSOFF