fb fb fb fb fb

Banjir Segamat: Jumlah penduduk terjejas berkurang

FOTO APM

SEGAMAT, 30 Disember- Jumlah keseluruhan penduduk terjejas banjir di Segamat Johor berkurangan kepada 54 orang daripada 14 keluarga setakat pukul empat petang tadi, berbanding 55 orang daripada 15 keluarga pada sebelumnya di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS), daerah itu.

Menurut maklumat yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, ia melibatkan 13 penduduk daripada tiga keluarga di PPS Dewan Komuniti Taman Tasek, Segamat.

Bagaimanapun di PPS Balai Raya Kampung Badak, Segamat masih kekal 41 penduduk daripada 11 keluarga.

Sementara itu, paras air sungai mencatatkan aras waspada iaitu 5.35 meter di Sungai Lenik, Segamat, 3.21 di Sungai Tangkak, Tangkak, dan 3.17 di Sungai Sedili Besar, Kota Tinggi.

Jalan Jabi - Bukit Tempurung, Segamat, juga hanya dibuka untuk laluan kenderaan berat dan Jalan Kota Tinggi-Kluang dibuka satu lorong sahaja.

Meskipun PPS di Kompleks Taman Negara Endau Rompin, Mersing telah ditutup kelmarin, namun laluan masuk ke Kampung Orang Asli Peta di Bukit Cantik, Mersing masih lagi terputus.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE