fb fb fb fb fb

Banjir: Satu lagi PPS dibuka di Tatau, malam tadi

Banjir di Sarawak

KUCHING, 24 Januari- Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sarawak bagi menempatkan guru dan pekerja Sekolah Kebangsaan Kuala Muput di Tatau, Bintulu yang dilanda banjir.

Menurut kemaskini Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, PPS Rumah Steven dibuka pada pukul 9.00 malam tadi.

Seramai 10 orang guru dan pekerja sekolah dipindahkan ke PPS tersebut selepas sekolah terbabit tidak selamat untuk didiami.

Manakala, jumlah penduduk dari Rumah Tembawai Kapok, Awik di Saratok yang masih berlindung di PPS Dewan Rumah Dayak, Saratok kekal 90 orang daripada 21 ketua isi rumah. PPS berkenaan dibuka pada Ahad lalu.

Jumlah penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di PPS di Sarawak kini meningkat kepada 100 orang berbanding 90 orang pada malam tadi.

ROSLINA BINTI DIN