fb fb fb fb fb

Banjir Sarawak: Semua aset telah dimobilisasi ke 13 kawasan terjejas- TPM

FOTO BERNAMA

BAGAN DATUK, 30 Januari- Kesemua aset telah dimobilisasi ke 13 kawasan terjejas banjir di Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini termasuk keperluan membina jambatan sementara atau jambatan Bailey yang dikoordinasi bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Pengurusan banjir di kawasan terjejas akan mengguna pakai Prosedur Operasi Standard (SOP) sepertimana yang dilaksanakan di beberapa negeri hujung tahun lalu.

Penduduk akan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) dalam tempoh tiga hari sebelum kejadian air pasang besar dan hujan luar biasa.

"Begitu juga apabila  aset-aset ini telah dimobilisasikan saya berterima kasih kerana Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak juga telah memobilisasikan sukarelawan dan memberikan bantuan makanan yang sesuai.

"Terima kasih kepada kerajaan negeri yang sangat responsif terhadap penyantunan kepada mangsa-mangsa banjir dan kita sedang mendepani semua masalah itu," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata demikian selepas program Sesi Ramah Mesra dan Taklimat Projek Pembinaan Bangunan SM Imtiyaz Tuminah Hamidi di Bagan Datuk.

Terdapat 13 stesen meteorologi utama merekodkan taburan hujan melebihi 20 milimeter harian di Sarawak, yang mana melebihi daripada purata hujan bulanan.

Ditanya samada jumlah PPS mencukupi, beliau berkata kerajaan tidak berdepan masalah kerana terdapat 22-ribu lokasi di seluruh negara yang boleh dijadikan PPS.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE