KUCHING, 8 Februari-Situasi banjir di Sarawak semakin pulih apabila jumlah penduduk terjejas di negeri tersebut terus mencatatkan penurunan setakat pukul 8.00 malam tadi.
Bagaimana pun, Sabah tidak menunjukkan perubahan angka.
Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) merekodkan seramai 3,273 penduduk terjejas di Sarawak berbanding 3,454 petang tadi.
Manakala Sabah tidak berubah iaitu seramai 7,21 orang.
Sarawak mencatatkan 11 daerah terjejas melibatkan 1,081 keluarga di 17 pusat pemindahan sementara (PPS).
Paling tinggi di Bintulu dengan 1,276 orang, diikuti Selangau (426), Subis (43 ), Tatau (439 ), Mukah (435), Miri (14), Kanowit (191), Dalat (168), Beluru (214), Sebauh (73), dan Sibu (3).
Sementara Sabah, membabitkan daerah Kinabatangan iaitu 278 orang daripada 71 keluarga di dua PPS, manakala Beaufort, 430 orang daripada 137 keluarga di dua PPS.
Sementara itu, Tambunan (13 orang) daripada empat keluarga di satu PPS.