KUALA LUMPUR, 5 Februari- Jumlah penduduk terjejas banjir di dua negeri merekodkan 6,020 orang daripada 1,711 keluarga setakat pagi tadi dengan 35 pusat pemindahan sementara (PPS) masih yang masih beroperasi.
Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan negeri Sarawak merekodkan penduduk terjejas banjir iaitu 5,845 orang daripada 1,664 keluarga. Sebanyak 33 PPS masih aktif di negeri itu.
Enam daerah di Sarawak merekodkan penduduk terjejas iaitu Bintulu (1,970) di tujuh PPS, Miri (1,404) di 10 PPS, Sibu (829) di lima PPS, Serian (792) di dua PPS, Mukah (408) di empat PPS, Samarahan (294) di tiga PPS.
Manakala di negeri Sabah merekodkan 175 penduduk terjejas daripada 47 keluarga dengan dua PPS yang masih aktif di daerah Kinabatangan.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di negeri Johor sehingga 2.00 petang ini.