fb fb fb fb fb

Banjir Sarawak: PPS Rumah Steven terus beroperasi hari keenam

Foto Fail

KUCHING, 28 Januari - Seramai 34 penduduk terjejas banjir di Sarawak masih berselindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Rumah Steven di daerah Tatau.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, PPS itu dibuka sejak 23 Januari lalu, selepas kawasan Sekolah Kebangsaan Kuala Muput dilanda banjir.

"Tujuh lokasi pemantauan di daerah Sebauh, yang bersebelahan Tatau, turut merekodkan peningkatan paras air dan sedang dipantau oleh jawatankuasa berkenaan.

"Di samping itu, 10 lokasi di Matu dan empat lokasi di Kuching juga mencatatkan kenaikan paras air," menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak.

Empat stesen pemantauan Jabatan Pengairan dan Saliran yang masing-masingnya terletak di Giam Pasang B di Kapit, Long Teru, Marudi dan Nanga Lemai B di Sibu pula mencatatkan paras air melebihi tahap bahaya.

TETITIA YUSOFF