KUALA LUMPUR, 6 Februari - Jumlah penduduk terjejas banjir di Sarawak meningkat kepada 5, 383 pagi ini berbanding 5,381 malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak memaklumkan daripada jumlah itu, 1, 617 keluarga berlindung di 30 pusat pemindahan sementara (PPS) di 15 daerah.
Di Bintulu mencatatkan masih ramai penduduk terjejas banjir iaitu 1,360 orang yang berlindung di tiga PPS.
Mereka terdiri daripada 393 keluarga dan menunjukkan trend tidak berubah.
Manakala, 986 orang lagi masih kekal sama di empat PPS di bahagian Selangau.
Bahagian Miri pula merekodkan 413 penduduk terjejas banjir di lima PPS.
Manakala di bahagian Selangau menunjukkan trend tidak berubah dengan 986 orang berlindung di empat PPS yang terdiri daripada 311 keluarga.
Di bahagian Mukah, jumlah penduduk terjejas banjir meningkat sedikit kepada 357 orang yang berlindung di tiga PPS berbanding 265 malam tadi.