fb fb fb fb fb

Banjir Sarawak: Lebih 700 orang terjejas, 11 PPS aktif

Foto BERNAMA

KUCHING, 29 Januari- Seramai 744 orang daripada 207 keluarga terjejas banjir di Sarawak, setakat pada pukul 8.00 pagi tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Negeri Sarawak, ia membabitkan daerah Kuching, Samarahan, Serian dan Bau.

"Sebanyak 11 buah pusat pemindahan sementara (PPS) aktif setakat ini.

"Ini termasuk sebuah PPS baharu iaitu Dewan Pangkalan Bau di daerah Bau yang dibuka pada pukul 7.40 pagi," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, data bilangan penduduk yang dipindahkan di beberapa PPS turut mencatat peningkatan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM