fb fb fb fb fb

Banjir Sarawak: Hampir 2,000 penduduk terjejas dipindahkan ke 34 PPS

Foto Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS)

KUCHING, 29 Januari - Situasi banjir di Sarawak semakin membimbangkan dengan jumlah penduduk terjejas dipindahkan terus meningkat di enam bahagian negeri ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, setakat pukul 4.00 petang tadi seramai 1,823 orang daripada 522 keluarga dipindahkan ke 34 pusat pemindahan sementara (PPS).

"Bahagian Serian merekodkan jumlah tertinggi iaitu 830 orang daripada 276 keluarga yang berlindung 10 PPS manakala lima PPS lain yang turut diaktifkan masih dalam proses kemaskini data penduduk dipindahkan," menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

Sementara itu, pelbagai video dan foto berkaitan situasi banjir luar biasa di Bintulu turut dikongsikan warga maya di laman sosial hari ini.

Di Bahagian Bintulu, terdapat lima buah PPS diaktifkan setakat ini. Bagaimanapun data hanya melibatkan 143 orang daripada 46 keluarha di dua PPS dan data bagi tiga PPS sedang dalam proses kemas kini.

TETITIA YUSOFF