KUCHING, 3 Januari – Penduduk terjejas banjir di Sarawak kekal 1,343 orang daripada 342 keluarga, setakat pukul 12.00 tengah hari tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- Jumlah pusat pemindahan sementara terlibat ialah 11 di Kuching, Samarahan dan Lawas.
- Kuching kekal kawasan paling terjejas dengan lapan PPS menampung mangsa banjir.
- Lawas mempunyai dua PPS yang menempatkan penduduk terjejas banjir.
- Samarahan mencatat satu PPS dengan penghuni terjejas banjir.
- Pernyataan maklumat disediakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, kesemua penduduk berkenaan berlindung di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kuching, Samarahan dan Lawas.
“Kuching masih menjadi kawasan paling terjejas banjir, membabitkan 1,124 penduduk daripada 284 keluarga di lapan PPS.
“Ini diikuti Lawas dengan 193 orang daripada 50 keluarga di dua PPS, serta 26 orang daripada lapan keluarga di sebuah PPS di Samarahan,” menurut kenyataan itu.