fb fb fb fb fb

Banjir Perlis: Lebih 600 orang masih terjejas

FOTO RTM

KANGAR, 2 Disember - Hanya 696 penduduk terjejas banjir daripada 190 keluarga masih berlindung di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Padang Besar, Arau dan Kangar di Perlis setakat pukul 5.00 petang tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Perlis, Leftenan Kolonel Mohd Izaimi Md Daud memaklumkan, empat PPS yang masih dibuka iaitu dua di Arau dan masing-masing sebuah di Kangar serta Padang Besar.

"Dua buah PPS di Arau iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tambun Tulang dan SK Changkat Jawi dengan 388 orang daripada 123 keluarga.
 
"Manakala di Kangar di Dewan 2020 dengan 152 orang daripada 26 keluarga dan Padang Besar di SK Lubuk Sireh dengan 156 orang daripada 41 keluarga," katanya menerusi kenyataan.

Tambahnya, kerja-kerja pembersihan di rumah penduduk, institusi pendidikan dan premis perniagaan sedang dijalankan dengan bantuan pelbagai agensi dan sukarelawan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM