fb fb fb fb fb

Banjir Perak: 299 penduduk terjejas banjir di empat PPS

FOTO FAIL

IPOH, 7 November - Empat pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah di Perak masih dibuka bagi menempatkan 299 penduduk terjejas banjir yang melibatkan 87 keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, dua daerah terlibat ialah Hilir Perak dan Kerian.

"Daerah Hilir Perak, PPS yang dibuka adalah di Dewan MPTI Langkap dan Dewan Serbaguna Padang Tembak yang mengalami penambahan penduduk terjejas melibatkan 145 orang daripada 44 keluarga.
 
"Di Kerian, PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak menempatkan 97 penduduk daripada 24 keluarga melibatkan tiga kawasan terjejas," menurut kenyataan itu.

57 penduduk terjejas banjir daripada 19 keluarga pula ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu.

TETITIA YUSOFF