fb fb fb fb fb

Banjir: Penduduk terjejas di Perak meningkat kepada 304 orang

Foto: FB APM Negeri Perak

IPOH, 7 Oktober- Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak terus meningkat kepada 304 orang berbanding 297 orang sebelum ini, setakat pukul 10 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah memaklumkan sebanyak empat pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di tiga daerah di negeri itu.

Di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak di daerah Hilir Perak menempatkan seramai 141 penduduk daripada 35 keluarga.

Diikuti daerah Kerian melibatkan dua PPS iaitu PPS SK Changkat Lobak seramai 63 orang daripada 18 keluarga dan PPS Parit Haji Aman Bagan Serai menempatkan seramai 50 orang daripada 15 keluarga. 

Sementara itu di daerah Taiping, seramai 50 penduduk terjejas daripada 15 keluarga ditempatkan di PPS SK. Matang.

Sebanyak 13 kampung terjejas akibat kejadian banjir di negeri itu.

ZEHRA BINTI ZAMBRI