RAUB, 6 Disember - Jumlah penduduk terjejas banjir di Pahang kekal 31 orang, setakat pukul 7.00 malam yang melibatkan daerah Raub dan Kuantan.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua penduduk terjejas itu berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS).
Di Raub, seramai 24 orang daripada 11 keluarga masih lagi berlindung di PPS Balairaya Kampung Ulu Sungai, Batu Malim.
Sementara di Kuantan, seramai 7 penduduk daripada sebuah keluarga juga masih ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan