fb fb fb fb fb

Banjir: Penduduk terjejas di Pahang berkurangan

Jumlah penduduk terjejas banjir di Pahang berkurang kepada 414 orang setakat 12 tengah hari

KUANTAN, 22 Disember - Seramai 414 penduduk terjejas banjir di Pahang masih berlindung di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS), setakat pukul 12 tengah hari.

Berdasarkan Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), penduduk terjejas terdiri daripada 124 keluarga.

Jumlah penduduk terjejas di negeri itu menunjukkan penurunan berbanding 580 orang daripada 167 keluarga di lapan PPS pada 8.00 pagi tadi.
 
Daerah Kuantan masih mencatatkan penduduk terjejas paling ramai iaitu seramai 259 orang di sebuah PPS.
 
Diikuti, daerah Pekan (116 orang di 3 PPS), Maran (35 orang di 1 PPS) dan Bera (4 orang di 2 PPS).

ROSLINA BINTI DIN