fb fb fb fb fb

Banjir: Penduduk terjejas di Kelantan meningkat, Terengganu pulih

Seramai 816 penduduk terjejas banjir berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kelantan setakat pagi tadi

KUALA LUMPUR, 1 Disember - Seramai 816 penduduk terjejas banjir berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kelantan setakat pagi tadi.

Jumlah itu sedikit meningkat berbanding 795 orang malam tadi.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor di Bachok menempatkan penduduk terjejas paling ramai iaitu 282 orang daripada 74 keluarga.

Manakala Sekolah Kebangsaan (SK) Jelawat menempatkan 116 orang.

SK Gual To'deh di Pasir Mas pula menempatkan 226 orang diikuti seramai 192 orang berlindung SK Sering, Kota Bharu.

Sementara itu, menurut infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Golok di Rantau Panjang mencatatkan paras air melebihi tahap amaran.

Dalam pada itu di Terengganu, banjir pulih sepenuhnya selepas PPS terakhir di SK Atas Tol ditutup, malam tadi.

Baki tiga penduduk terjejas telah dibenar kembali pulang ke kediaman masing-masing.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN