fb fb fb fb fb

Banjir: Penduduk terjejas di Kelantan berkurangan, Terengganu kekal

FOTO APM PASIR MAS

KUALA LUMPUR, 30 November- Jumlah penduduk terjejas banjir di Kelantan sedikit menurun berbanding pagi tadi iaitu seramai 313 orang daripada 100 keluarga, setakat pukul 12.00 tengah hari tadi.

Portal Bencana Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) merekodkan 227 penduduk daripada 78 keluarga masih ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Pasir Mas.

Sementara daerah Bachok mencatatkan seramai 86 orang daripada 22 keluarga berlindung di dua PPS.

"Satu kematian akibat situasi banjir turut direkodkan di negeri itu," menurutnya.

Di Terengganu pula kekal seramai 22 orang daripada sebuah keluarga di satu PPS di daerah Kuala Terengganu.

SITI AISHAH BINTI MD ISA