fb fb fb fb fb

Banjir Pahang: PPS Jerantut dibuka, jumlah terjejas menurun

Foto yang dikongsi Facebook APM Jerantut melalui perkongsian akaun 'Tok Mael' di Facebook 'Jerantut Viral' yang melaporkan dua buah lori terkandas dalam banjir di laluan Paya Garuk, Jerantut, pagi tadi

JERANTUT, 11 Disember- Jerantut menjadi daerah kedua di Pahang yang terjejas akibat banjir selepas Maran, dengan pembukaan pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Teh pada 11.30 malam tadi.

Menurut Portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 17 penduduk daripada tiga keluarga kini berada di PPS SK Teh di sini.

Bagaimanapun jumlah keseluruhan penduduk terjejas di Pahang menurun kepada 73 orang daripada 26 keluarga setakat 11.00 pagi ini, berbanding 155 orang semalam.

Di Maran, empat PPS telah ditutup hari ini, namun dua PPS masih beroperasi iaitu Balairaya Kampung Jara yang menempatkan 52 orang dan PPS Bangunan Bengkel Wanita Kampung Bak Bak dengan empat orang.

SITI AISHAH MD ISA