KUANTAN, 1 Disember - Situasi banjir di Pahang terus menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah penduduk terjejas menurun kepada 240 orang setakat 7 malam tadi, berbanding 278 orang pada 4 petang.
Kesemua 62 keluarga itu kini ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di lima daerah terjejas.
Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Bera merekodkan jumlah penduduk paling ramai terjejas iaitu 126 orang di empat PPS, diikuti Temerloh (42 orang, empat PPS), Lipis (40 orang, satu PPS), Maran (25 orang, satu PPS) dan Kuantan (tujuh orang, satu PPS).