fb fb fb fb fb

Banjir kilat Padang Terap : Mayat kedua ditemui pagi tadi

FOTO JBPM KEDAH

PADANG TERAP, 29 September- Mayat Salmah Mat Zain, 46 tahun, yang dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir kilat di Kampung Tanjung Kanan,  semalam ditemukan. 
 
Mayat mangsa ditemukan  oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira pukul 7.45 pagi, kira-kira 50 meter daripada mayat anaknya, Muhammad Rosman Rohadi, 19 tahun, yang ditemuikan semalam.
 
Ketua Polis Daerah Padang Terap, DSP  Mulkiaman Manzar berkata, mayat mangsa ditemukan tersangkut di bawah timbunan pelepah sawit dan tunggul kayu pada hari kedua SAR yang bersambung semula 7.30 pagi.

Mayat kedua-duanya itu ditemukan 200 meter dari lokasi dua beranak itu dihanyutkan arus deras, semalam.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk tindakan lanjut.

Dalam tragedi semalam, kedua-dua mangsa dipercayai cuba meredah kawasan banjir dengan berjalan kaki  pulang ke rumah dari membeli nasi lemak.
  
Polis menasihatkan penduduk di itu supaya tidak mengharungi air jika kawasan kediaman mereka dinaiki air.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE