fb fb fb fb fb

Banjir kilat landa dua kampung di daerah Kuala Muda

Keadaan banjir di Kampung Jerung

Sungai Petani 11 Mei - Sekurang-kurangnya dua buah kampung di daerah Kuala Muda iaitu Kampung Jerung dan Kampung Haji Wahab terjejas akibat kejadian banjir kilat, pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda Kapten (PA) Azahar Bin Haji Ahmad dalam kenyataan memaklumkan setakat pukul 12 .00 tengah hari, sebanyak enam keluarga terjejas dalam kejadian itu.

"Kejadian kira-kira pukul 10.10 pagi berlaku selepas hujan lebat menyebabkan limpahan air secara mendadak dan berlebihan," katanya menerusi kenyataan itu.

Dalam pada itu, paras air banjir di kawasan kediaman penduduk setinggi antara 0.1 meter hingga 0.3 meter.

Kejadian tersebut menyebabkan kerosakan harta benda mangsa.

Bagaimanapun setakat pukul 12.00 tengah hari tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

TETITIA YUSOFF