fb fb fb fb fb

Banjir kilat Kg Padang Pauh : 80 penduduk terjejas

FOTO RTM

BESERI, 8 Oktober- Seramai 80 penduduk terjejas akibat banjir kilat yang melanda 20 buah rumah sekitar Kampung Padang Pauh, sejak 11 malam tadi.

Kejadian banjir berlaku susulan hujan berterusan selama tiga jam, yang melanda seluruh Perlis.

Menurut Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Kampung Persekutuan, Padang Jauh, Shafiza Hanim Ahmad, dalam tempoh dua bulan ini, sebanyak enam kali kejadian banjir kilat berlaku.

"Sistem perparitan yang tidak diselenggara dengan baik menjadi punca utama banjir kilat berlaku setiap kali hujan lebat.

"Bencana alam berulang ini menyebabkan harta benda penduduk rosak dan perkara ini perlu ditangani segera," katanya.

Beliau memaklumkannya ketika meninjau kawasan terjejas banjir sekitar Kampung Padang Pauh bersama penduduk.

Sementara itu, Shafiza turut menasihati penduduk sekitar kawasan Padang Pauh agar sentiasa berwaspada susulan kejadian hujan lebat yang melanda Perlis ketika ini.

"Sentiasa mengikut arahan pihak berkuasa termasuk jika diarahkan berpindah," ujarnya.

Trainee2