fb fb fb fb fb

Banjir kilat: 12 rumah di Tikam Batu dinaiki air

Foto Ihsan Ahli Parlimen Sungai Petani

SUNGAI PETANI, 18 September- Hujan lebat selama beberapa jam menyebabkan 12 buah rumah di Tikam Batu, kedah dilanda banjir kilat.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata pasukan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Petani ke lokasi kejadian bagi meninjau situasi banjir yang berlaku di kawasan itu.

"Melalui aduan orang kampung, banjir tersebut berpunca daripada hujan yang berpanjangan sejak kelmarin dan perparitan yang tidak sistematik. Ia (banjir) menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan sempurna dan bertakung," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya, perbincangan akan diadakan bersama-sama pihak pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Pengairan dan Saliran, (JPS) bagi mencari punca penyelesaian kepada masalah yang dihadapi penduduk kampung berkenaan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM