fb fb fb fb fb

Banjir: Kelantan terus rekod pemulihan

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 9 Disember-Jumlah penduduk terjejas banjir di Kelantan menunjukkan pemulihan apabila hanya 32 penduduk terjejas banjir direkodkan setakat pukul 12.00 tengah hari tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tujuh keluarga masih berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Gual To’ Deh di Pasir Mas.
    
Dalam pada itu, menurut public info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran, Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat melebihi tahap waspada dengan trend menurun.

Manakala angka penduduk terjejas di lima negeri iaitu Kedah, Perak, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan masih kekal tidak berubah

Sabah menjadi negeri terbaharu dilanda banjir melibatkan daerah Kota Kinabalu.

Di KEDAH, bilangan penduduk terjejas kekal tidak berubah dengan 352 orang daripada 92 keluarga masih berlindung di satu PPS di Kota Setar.

Di Perak pula, bilangan penduduk terjejas banjir kekal seramai 117 orang daripada 39 keluarga.

Situasi banjir di JOHOR turut kekal tidak berubah dengan bilangan penduduk terjejas berkurangan kepada 109 orang daripada 33 keluarga dengan empat PPS dibuka.

Manakala MELAKA tidak berubah iaitu 11 orang (empat keluarga), namun satu PPS telah ditutup di Jasin berbanding dua PPS pagi tadi.

Bilangan penduduk terjejas di Negeri Sembilan turut kekal tidak berubah dengan 19 orang daripada lima keluarga.

Sementara itu, SABAH menjadi negeri terbaharu dilanda banjir dengan satu PPS dibuka di Kota Kinabalu menempatkan 41 mangsa.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD