fb fb fb fb fb

Banjir: Kelantan rekod penduduk paling ramai terjejas

Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan

KUALA LUMPUR, 29 November- Negeri Kelantan mencatatkan jumlah penduduk terjejas paling tinggi iaitu 80,754 orang setakat 8.00 pagi ini, berbanding 72,360 orang, malam tadi. Penduduk kini ditempatkan di 279 pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, daerah Pasir Mas mencatatkan jumlah penduduk terjejas paling tinggi iaitu 24,890 orang di 61 PPS, diikuti Tumpat (13,249) di 61 PPS dan Kota Bharu seramai 10,929 orang dan mereka berlindung di 42 PPS.

Selain itu, turut terjejas ialah Kuala Krai melibatkan 5,855 penduduk terjejas di 42 PPS, Tanah Merah (4,841) di 32 PPS dan Bachok (5,592) di 14 PPS.

Sementara itu, Pasir Puteh merekodkan 8,388 penduduk terjejas di 31 PPS, Machang (5,734) di 25 PPS, Jeli (1,055) di 9 PPS dan Gua Musang (31) orang dan hanya sebuah PPS dibuka di daerah itu.

ROSLINA BINTI DIN