fb fb fb fb fb

Banjir Kelantan: Kes COVID-19 di PPS terkawal

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

PASIR MAS, 30 Disember - Kes COVID-19 dalam kalangan penduduk terjejas banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan berada dalam keadaan terkawal.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kebanyakan mereka yang dijangkiti hanya berada pada tahap 1 atau 2 dan ada yang tidak bergejala.

Beliau berkata, situasi itu diukur dengan beban Unit Rawatan Rapi (ICU) serta bilangan katil dan semuanya terkawal.

Bagaimanapun katanya, penduduk terjejas banjir yang tinggal di PPS masih perlu berjaga-jaga terutama golongan rentan seperti pesakit kencing manis dan darah tinggi.

Setakat hari ini, Kelantan merekodkan hanya 15 kes COVID-19 sejak gelombang pertama banjir bermula pada November lalu. 

"Jumlahnya itu sangat terkawal bukan saya hendak kita bermudah-mudah tetapi kita perlu berjaga- jaga khasnya kumpulan rentan, tidak sebenarnya hampir kita boleh katakan terkawal dan yang pentingnya itu kita ukur dengan beban kita punya ICU,katil semuanya adalah sangat terkawal. jadi 15 itu tidak menjejaskan. Jadi di Pasir Mas, Tanah Merah jumlah itu sangat terkawal,"kata Dr Dzulkefly kepada media selepas melawat PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial, di sini.

Dalam perkembangan sama, beliau turut berpuas hati dengan persediaan yang dibuat Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) dalam menghadapi banjir Monsun Timur Laut (MTL) kali ini.

Untuk itu, KKM akan terus memantau perkembangan kejadian banjir di negeri-negeri yang terlibat dan memastikan langkah pencegahan dan kawalan penyakit sewajarnya, serta perkhidmatan kesihatan dilaksanakan secara berterusan.

TETITIA YUSOFF