fb fb fb fb fb

Banjir Kelantan: Jumlah penduduk terjejas menurun, 85,548 masih di PPS

Jumlah penduduk terjejas akibat banjir di Kelantan menunjukkan penurunan berbanding semalam / Foto Hiasan / Bernama

TUMPAT, 2 Disember – Jumlah penduduk terjejas akibat banjir di Kelantan menunjukkan penurunan berbanding semalam.

Sehingga pukul enam pagi tadi, sebanyak 251 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih beroperasi di sembilan jajahan terkesan di seluruh negeri.

Menurut Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 85,548 penduduk melibatkan 26,799 keluarga masih ditempatkan di PPS.

Daerah Pasir Mas mencatat jumlah tertinggi dengan lebih 29,000 penduduk di 64 PPS, diikuti Tumpat dengan 18,000 penduduk.

Daerah lain termasuk Pasir Puteh dengan 10,000 penduduk, Kota Bharu (7,000), dan Bachok (6,000).

Sementara itu, Kuala Krai merekodkan 5,000 penduduk, Machang serta Tanah Merah masing-masing 2,000 penduduk, manakala Jeli 81 penduduk.

Dalam pada itu, Portal Public Info Banjir melaporkan paras air Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat kini melepasi paras bahaya, manakala Sungai Semerak di Pasir Puteh berada di paras amaran.

Pihak berkuasa terus memantau keadaan semasa dan menasihatkan penduduk untuk berwaspada terhadap sebarang kemungkinan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN