fb fb fb fb fb

Banjir Kelantan: Jumlah penduduk terjejas berkurang

Penduduk terjejas yang masih berlindung di PPS

KOTA BHARU, 23 November- Jumlah penduduk terjejas banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan terus menurun menjelang malam.

Ia berkurangan kepada 62 orang berbanding lebih 100 penduduk petang tadi.

Terbaru, 46 penduduk terjejas yang di tempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor, Bachok telah di benarkan pulang ke kediaman masing-masing lewat petang tadi.

Laman Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, setakat pukul 7 malam, hanya dua PPS masih beroperasi iaitu masing-masing sebuah di Pasir Puteh dan Rantau Panjang, Pasir Mas.

PPS yang masih di buka adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Wakaf Raja, Pasir Puteh menempatkan 30 penduduk daripda tujuh keluarga manakala 32 penduduk terjejas banjir di Rantau Panjang berlindung di SK Tok Deh.

Bacaan paras air sungai-sungai utama di Kelantan masih normal kecuali Sungai Golok di Rantau Panjang yang kekal melepasi paras bahaya dan sedang menunjukkan trend menaik iaitu 9.19 meter.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE