fb fb fb fb fb

Banjir: Kehadiran calon SPM di tiga negeri mencatat 97.49%

Fadhlina Sidek / Foto RTM

PUTRAJAYA, 19 Disember- Peratusan kehadiran calon ujian bertutur Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di tiga negeri yang teruk terjejas banjir, membanggakan.

Rekod menunjukkan 97.54 peratus di Kelantan, Terengganu (98.01 peratus) dan Kedah (97.94 peratus).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan, kehadiran calon di tiga negeri berkenaan berada pada 97.49 peratus secara keseluruhannya.

"Saya faham dengan sentimen yang menderas di sebalik kritikan yang menghujani diri saya dan KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia).

"Namun, saya tetap mempertahankan pendekatan yang kita ambil ketika kita berdepan dengan banjir iaitu kita cuba sedaya upaya mengurangkan impak banjir terhadap 1.3 peratus calon di kawasan terjejas tanpa kita mencetuskan masalah baharu kepada 98.7 peratus calon SPM yang lain di seluruh Malaysia," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan KPM di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM