fb fb fb fb fb

Banjir Kedah: Jumlah penduduk terjejas dijangka terus meningkat

Foto RTM

ALOR SETAR, 29 November -Jumlah penduduk terjejas banjir di enam daerah di Kedah dijangka terus meningkat memandangkan cuaca yang tidak menentu dan hujan sepanjang hari.

Kuala Muda menjadi daerah terbaharu banjir, setakat ini bilangan penduduk yang terjejas masih dalam bancian.

Namun, setakat ini bilangan penduduk terjejas masih dalam bancian.

Seketariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah menerusi kenyataan memaklumkan setakat pukul 4.00 petang tadi, seramai 4,488 orang  daripada 1,402 keluarga  ditempatkan di  37 Pusat Pemindahan Sementara PPS.

Daerah Kubang Pasu mencatatkan jumlah penduduk terjejas tertinggi iaitu 663 penduduk terjejas banjir daripada 581 keluarga berlindung di 14 PPS.

Di Padang Terap, seramai  1,163 penduduk daripada 344 keluarga ditempatkan  di Sembilan  PPS, manakala Kota Setar seramai 736 penduduk daripada 228 berlindung di tiga PPS.

Daerah Sik, seramai  465 penduduk terjejas melibatkan 101 keluarga berlindung di tujuh  PPS, dan Pokok Sena, seramai 461 penduduk daripada 148 di tiga PPS.

Sementara itu, tujuh sungai di Kedah berada pada paras bahaya iaitu Sungai Laka, Sungai Bata dan Sungai Padang Terap di daerah Kubang Pasu  dan Sungai Perik di daerah Padang Terap.

Turut berada pada paras bahaya  Sungai Anak Bukit di Taman Aman dan Sungai Anak Bukit di Jambatan Tunku Abdul Rahman di daerah Kota Setar serta  Sungai  Titi Kerbau di daerah Pendang.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD