fb fb fb fb fb

Banjir: Jumlah penduduk terjejas di Kelantan berkurang 6,836

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 31 Disember-Seramai 6,836 penduduk daripada 2,116 keluarga berlindung di 25 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, setakat pukul 10.00 pagi tadi.

Angka itu berkurang berbanding 9,387 penduduk daripada 2,903 keluarga di 27 PPS, setakat pukul 6.00 pagi.

Menurut portal InfoBencanaJKM, ia membabitkan empat jajahan termasuk Pasir Mas, Tumpat, Jeli dan Kuala Krai.

"PPS Sekolah Kebangsaaan (SK) Sri Rantau Panjang, Pasir Mas menempatkan penduduk paling ramai terjejas banjir iaitu 1,118 orang.

"Ini diikuti SK Gual To'deh di jajahan sama yang menempatkan 1,047 orang," kata InfoBencanaJKM.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM