fb fb fb fb fb

Banjir Johor, lebih 5,000 orang masih terjejas

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 12 Januari- Bilangan penduduk terjejas banjir di Johor kekal 5,066 orang setakat pukul 10.00 malam tadi.

Menurut portal InfoBencanaJKM, ia membabitkan 1,414 keluarga di Johor.

Kesemua penduduk terjejas banjir di negeri terbabit ditempatkan di 35 pusat pemindahan sementara (PPS).

"Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Kota Jaya di Johor Bahru menempatkan penduduk paling ramai terjejas iaitu 366 orang.

"Ini diikuti SK Usman Awang, Kota Tinggi (289) dan Dewan Arena Segitiga, Kota Tinggi (275)," kata portal InfoBencanaJKM.

Sementara itu, di Pahang, seramai 773 orang daripada 230 keluarga terjejas banjir di negeri itu.

Menerusi portal tersebut, sebanyak lapan PPS dibuka di Pahang.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM