fb fb fb fb fb

Banjir empat negeri: Lebih 1,000 penduduk terjejas

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 4 Januari - Seramai 1,076 penduduk daripada 323 keluarga terjejas banjir di empat negeri, ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat pukul 4.30 petang tadi.

Negeri terlibat adalah Sabah, Sarawak, Johor dan Perak.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Sarawak terus merekodkan penduduk paling terjejas banjir.

"Ia membabitkan 600 penduduk terjejas daripada 155 keluarga. Di Sarawak, sembilan PPS dibuka di dua daerah, negeri tersebut," menurut kenyataan itu.

Sementara di Sabah, seramai 403 penduduk daripada 148 keluarga terjejas dengan banjir setakat ini.

Dua PPS dibuka di Sabah; melibatkan dua daerah terlibat.

"Daerah Beaufort menempatkan 328 penduduk daripada 118 keluarga. Hanya satu PPS dibuka di daerah itu.

"Daerah Kota Kinabalu pula menempatkan 75 penduduk daripada 30 keluarga di satu PPS," menurut kenyataan sama.

Di Johor, seramai 51 penduduk daripada 16 keluarga ditempatkan di dua PPS, setakat ini.

Perak pula menempatkan 22 penduduk terjejas banjir daripada empat keluarga.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM