fb fb fb fb fb

Banjir: Dua PPS dibuka di Tanah Merah, 46 penduduk terjejas

Foto hiasan

TANAH MERAH, 25 Februari- Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka membabitkan daerah Tanah Merah, Kelantan.

Seramai 46 penduduk terjejas banjir daripada 14 keluarga dipindahkan ke PPS berkenaan petang tadi, selepas kawasan rumah mereka dinaiki air susulan hujan lebat berterusan sejak semalam.
  
Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Tanah Merah, Leftenan (PA) Isma Shamizie Mohd Rahim, kesemua penduduk terbabit melibatkan penduduk Kampung Padang Kijang dan Kampung Kulim.
 
PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Kulim menempatkan 38 penduduk terjejas banjir daripada 12 keluarga, manakala PPS Balai Raya Padang Kijang pula menempatkan lapan penduduk terjejas banjir daripada dua keluarga.
 
Dalam pada itu, menurut Public Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), setakat pukul 4.00 petang, Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas melebihi tahap bahaya iaitu 9.36 meter dengan trend adalah menaik. Manakala Sungai Golok di Kampun Jenob, Tanah Merah pada tahap melebihi amaran.

ROSLINA BINTI DIN