fb fb fb fb fb

Banjir dua negeri, Sabah paling terjejas

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 8 Mac- Seramai 1,110 orang daripada 325 keluarga terjejas banjir di Sabah, setakat pukul 8.00 malam tadi.

Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan tiga pusat pemindahan sementara (PPS) masih diaktifkan di dua daerah negeri berkenaan.

"Ini membabitkan daerah Beaufort, dengan 780 orang daripada 249 keluarga ditempatkan di dua PPS.

"Daerah Membakut turut terjejas. Seramai 230 orang daripada 76 keluarga ditempatkan di satu PPS daerah itu," menurut kenyataan tersebut.

Sementara di Sarawak, angka penduduk dipindahkan ke PPS seramai 53 orang daripada tujuh keluarga, setakat pukul 8.00 malam tadi.

Ia melibatkan daerah Lawas; dengan hanya satu PPS dibuka di daerah itu.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM