fb fb fb fb fb

Banjir di Terengganu tunjuk trend menurun

Di Terengganu, jumlah penduduk terjejas banjir merekodkan penurunan hari ini/FOTO BERNAMA

KUALA TERENGGANU, 30 Disember - Banjir di Terengganu semakin pulih dengan penutupan satu pusat pemindahan sementara (PPS) SMK Merchang di kawasan Marang.

Seramai 14 penduduk terjejas banjir terdiri daripada tiga keluarga dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing hari ini.

Setakat 2 petang tadi, laporan Sekretariat Jawatankuasan Pengurusan Bencana Negeri Terengganu merekodkan seramai 401 penduduk terjejas daripada 111 keluarga yang masih berlindung di lima PPS di dua daerah Terengganu.

Di DUNGUN, melibatkan seramai 395 penduduk terjejas banjir terdiri daripada 110 keluarga yang berlindung di empat PPS.

Di KUALA NERUS pula, merekodkan 6 individu terdiri daripada 1 keluarga berlindung di satu PPS.

Banjir gelombang ketiga mula melanda Terengganu pada Ahad lalu dan menyaksikan lebih 10,000 penduduk terjejas banjir.

GRACE AISYAH KEDAYAN