KUCHING, 5 Mac - Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya selepas 44 penduduk terjejas banjir melibatkan sembilan keluarga dari Kampung Slabi Entukuh, Serian dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing hari ini.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kampung Slabi Entukuh, iaitu yang terakhir masih beroperasi ditutup secara rasmi pada pukul 10.00 pagi.
PPS berkenaan diaktifkan yang dibuka sejak Ahad lepas.
Banjir melanda beberapa kawasan di Bahagian Kuching dan Serian sejak Sabtu lepas ekoran hujan berterusan sejak awal pagi.