fb fb fb fb fb

Banjir di Raub, tiga PPS masih dibuka


RAUB, 16 Februari-
Tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka susulan banjir di Raub, Pahang .

Ia melibatkan 74 penduduk terjejas daripada 25 keluarga.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, di PPS Balai Raya Kampung Ulu Sungai, seramai 35 penduduk berlindung di sana.

Manakala masing-masing 30 dan sembilan individu di Masjid Kampung Kuala Semantan dan Pusat Kegiatan Wanita Batu Malim.

Hujan lebat berterusan sejak Isnin lalu menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air.

Media Baharu